Isnin, 23 September 2013

SEMINAR BAHASA


Sila ambil perhatian dan maklumat yang berkaitan mengenai perjalanan sebuah seminar.  Semoga paparan video ini membantu anda memahami apa yang dimaksudkan dengan seminar.

Jumaat, 14 September 2012

KELAS BIASA VS KELAS KHAS

PEMULIHAN BAHASA MELAYU

KELAS BIASA
KELAS KHAS
1.
Guru ada asas latihan perguruan
Ada asas dan kursus khas
2.
Dijalankan semasa proses p&p kelas biasa
Pada waktu tertentu mengikut jadual
3.
Perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar
Hanya melibatkan Mata pelajaran BM dan MT
4.
Murid kekal dalam kelas semasa sessi pemulihan
Murid perlu masuk dalam kelas khas
5.
Ujian Bulanan atau Penggal
Ujian  pencapaian  bagi setiap kemahiran
6.
Tidak perlu ujian saringan
Perlu ujian saringan dan diagostik
7.
Tidak memerlukan rekod
Pengumpulan rekod sangat penting
8.
Kekal dalam kelas
Murid akan kembali ke kelas biasa setelah berjaya
9.
Pemulihan dilakukan secara umum
Pemulihan dilakukan secara khusus
10.
Murid Tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran
Dikhaskan murid Tahap 1 yang tidak menguasai dan dicalonkan oleh guru
11.
Pemulihan biasa yang dikesan oleh guru
Perlu merujuk kepada AJK Kurikulum sekolah
12.
Bilangan murid tidak terhad
Dihadkan kepada 15 orang
13.
Jadual ikut mata pelajaran biasa
Dibentuk oleh guru pemulihan
14.
Guru subjek lain boleh mengajar
Perlu dirujuk kepada AJK perencang kurikulum sekolah

Rabu, 5 September 2012

Kisah Tauladan

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang setelah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Share this topic on Facebook

Misteri Di Tengah Lautan

Angin kencang telah bertiup di tengah lautan. Laut ber gelora tinggi, melanda sebuah kapal besar yang sedang belayar.

Gelombang laut semakin menjadi-jadi, membuatkan penghuni kapal yang terdiri daripada ahli perniagaan itu semakin cemas kerana keselamatan mereka mula terancam.

Dalam pada itu, di hujung bahtera itu kelihatan seorang lelaki berpakaian daripada bulu unta. Di wajahnya sedikit pun tidak ada tanda cemas. Lebih menghairankan, apabila lelaki itu turun dan kapal, dia boleh berdiri di atas air dan telah mendirikan sembahyang di tengah laut yang sedang mengganas itu. Kemudian dia berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.Melihatkan kehebatannya, beberapa orang di dalam bahtera itu memanggilnya.

"Wahai saudara, jangan tinggalkan kami. Bantulah kami!"

"Apakah hajatmu?" kata lelaki itu.

"Kapal ini sudah hampir tenggelam dipukul ombak dan gelombang. Tolonglah kami!" jerit mereka.

Segera lelaki itu menjawab: "Hampirkanlah diri kamu kepada Allah."

"Macam mana cara untuk kami menghampirkan diri kepada Allah?" sahut mereka serentak.

"Tinggalkanlah dunia kamu," sambungnya lagi.

"Bagaimana?"

"Keluarlah kamu dan bahtera dengan menyebut nama Allah," sahut lelaki itu.

Dengan penuh yakin keluarlah mereka dan bahtera itu seorang demi seorang. Kesemuanya boleh berjalan di atas air. Sungguhpun begitu di hati masing-masing merasa cemas kalau-kalau mereka jatuh tenggelam di dalam lautan yang sedang mengganas dan amat dalam itu.

Tiba-tiba bahtera mereka tenggelam dengan sendirinya. Lelaki itu bersuara: "Oleh kerana kamu telah berpaling dan dunia, maka kamu telah diselamatkan."

"Siapakah kamu sebenarnya?" tanya salah seorang daripada mereka.

"Aku Uwais Al Qarni," jawabnya.

"Wahai Uwais Al Qarni, tahukah kamu dalam bahtera yang tenggelam tadi ada banyak harta pemberian seorang hartawan Mesir untuk para fuqaha."

Lantas Uwais berkata: "Kalau Allah mengembalikan harta-harta itu kepada kamu, apakah kamu akan membahagi-bahagikan kepada orang fakir?"

"Ya sudah tentu," jawab mereka beramai.

Uwais terdiam seketika, kemudian dia mendirikan sembahyang sunat dua rakaat di permukaan air dan berdoa dengan suara yang agak perlahan. Alangkah terkejutnya mereka apa- bila melihat bahtera itu timbul kembali di permukaan air dan laut yang bergelora juga sudah beransur tenang.

Mereka segera naik ke atas bahtera sambil mengucap syukur kepada Allah dan belayar menuju ke Madinah. Sampai di Madinah mereka membahagi-bahagikan harta itu kepada orang fakir dan sedikit pun tidak tertinggal. Mulai hari itu tidak ada lagi orang miskin di Madinah.
Share this topic on Facebook

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Selasa, 4 September 2012

MURABBI- org yang mendidik; atau membimbing, pendidik; pembimbing;

Jumaat, 6 April 2012

SIFAT-SIFAT MURABBI

Sifat-sifat penting bagi murabbi yang berjaya (antaranya ialah):

1) Memiliki ilmu
Ilmu yang harus dikuasai oleh seorang murabbi meliputi banyak cabang ilmu, seperti:

a) Ilmu Syar’i Salah satu tujuan tarbiyah Islamiyah ialah melahirkan manusia yang beribadah kepada Allah dengan benar. Hal ini akan tercapai hanya dengan ilmu syar’i. Yang dimaksudkan dengan memiliki ilmu syar’i di sini tidaklah berarti bahawa seorang murabbi itu perlu menjadi pakar dalam bidang syari’ah atau mana-mana bidang ilmu. Akan tetapi ilmu syar’i yang perlu dimiliki seorang murabbi ialah ilmu syar’i yang dengannya ia mampu membaca, membahas, dan mempersiapkan maudhu’-maudhu’ syar’i serta memiliki ilmu-ilmu asas yang membolehkannya mengembangkan potensi syar’inya dengan semangat belajar. 

b) Ilmu waqi’ Iaitu ilmu-ilmu semasa yang sesuai dengan keperluannya sebagai murabbi untuk berhadapan dengan keadaan dan suasana masyarakatnya.

c) Ilmu psikologi. Iaitu ilmu tentang karakter manusia mengikut usianya yang meliputi aspek naluri dan potensi manusia. Memadailah bagi murabbi dapat memahami dasar-dasar umum ilmu kejiwaan, serta berkemampuan untuk terus mendalami bidang ini dari masa ke semasa. 

d) Memahami persediaan, potensi dan kemampuan mutarabbi. 

e) Memahami persekitaran di mana mutarabbinya berada/tinggal. Ini kerana persekitaran mempunyai pengaruh yang besar terhadap keperibadian mutarabbi 

2) Murabbi seharusnya lebih berkualiti daripada mutarabbi. Dalam proses tarbiyah, akan berlaku at-takmil wal istikmal (lengkap melengkapi) atau timbal balik antara murabbi dan mutarabbi. Berlakunya proses memberi dan menerima. Oleh itu murabbi seharusnya lebih berkualiti daripada mutarabbi.

3) Murabbi seharusnya mampu memindahkan apa yang dimilikinya kepada manusia lain. Ada manusia pandai berbicara, bijak berhujah dan boleh membuat penyampaian yang menarik tetapi kelebihan-kelebihannya itu hanya sekadar teori sahaja. Beliau tidak mampu untuk mentarbiyah dan membentuk manusia. Beliau tidak ada pengalaman di medan tarbiyah. Maka, beliau tidak mampu untuk memindahkan apa yang dimilikinya kepada manusia lain. 

4) Murabbi seharusnya memiliki kemampuan memimpin (al-qudrah ‘alal qiyadah). Kemampuan ini adalah sifat bagi murabbi. Dalam banyak hal, murabbi seharusnya boleh bertindak sebagai pemimpin bagi mutarabbinya.

5) Murabbi seharusnya memiliki kemampuan untuk melakukan mutaba’ah (al-qudrah ‘alal mutaba’ah). Proses tarbiyah bersifat terus menerus dan berkesinambungan. Mutaba’ah (follow-up/semakan) yang berterusan diperlukan untuk mengetahui keberhasilan yang telah dicapai dari proses tarbiyah. Murabbi harus menyemak atau menilai dirinya, manhaj, wasilah, media, metod dan keadaan mutarabbinya secara berterusan. 

6) Murabbi seharusnya memiliki kemampuan membuat penilaian. Penilaian adalah aspek yang tidak terpisah dari proses tarbiyah. Murabbi harus: 

a) Menilai mutarabbi untuk mengetahui sejauh mana tahap kemampuannya agar murabbi dapat mentarbiyah sesuai dengan keadaannya. 

b) Menilai mutarabbi untuk mengetahui sejauh mana ia telah mencapai matlamat tarbiyah dari segi pembentukan syakhsiyah. 

c) Menilai program, tugasan dan perjalanannya. 

d) Menilai permasalahan tarbawiyah untuk ditangani secara bijaksana. Penilaian yangg dilakukan oleh seorang murabbi harus secara ilmiyah dan objektif dengan berpegang kepada kaidah-kaidah penilaian yang betul, bukan berasaskan andaian dan emosi. 

7) Murabbi harus mampu membina hubungan kasih sayang. Hubungan antara murabbi dan mutarabbi adalah berdasarkan cinta dan kasih sayang kerana Allah Subhanahuwata’ala. Murabbi yang tidak dapat menanamkan kasih sayang ke dalam jiwa mutarabbinya, akan mengakibatkan pesanan dan pelajarannya tidak berkesan di hati mutarabbi apatah lagi untuk menjadikan pesanan dan pelajaran itu benar-benar tertanam di dalam hatinya. 

Firman Allah Subhanahuwata’ala: “Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” (Ali Imran : 159) 

(SUA HALUAN Malaysia) 
Rujukan: BUKU PANDUAN HALAQAH TARBAWIYAH BAHAN – FORMAT USRAH